Halaman

Selasa, 25 Mei 2010

Pengambilan Asid Folic~Persediaan Untuk Hamil


Ramai yang tidak mengatahui yang mana jika seseorang wanita yang merancang untuk menimang cahaya mata boleh mendapatkan pil2 kesuburan di mana-mana farmasi atau klinik2 berdekatan tempat mereka.

Namun di sini ada beberapa tips untuk diamalkan sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, samaada untuk kali pertama atau kesekelian kalinya.

Persediaan untuk mengandung merangkumi tabiat pemakanan adalah seperti 4 perkara berikut:

1) Amalkan diet yang baik

*Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
*Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
*Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
*Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
*Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.

2) Perkara yang perlu dielakkan

*Tinggalkan tabiat merokok, meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan (Kecuali dengan nasihat doktor. *Maklumkan kepada doktor yang anda merancang untuk hamil supaya boleh diberikan ubat yang bersesuaian). Kesemua komponen tersebut boleh mengganggu perkembangan fetus.
*Kurangkan kadar pengambilan kafein dalam diet seperti kopi. Pakar bersetuju bahawa pengambilan kafein yang kurang daripada 300 mg sehari (bersamaan dengan 3 cawan kopi) tidak akan mempengaruhi kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat doktor yang mencadangkan supaya pengambilan kafein dihentikan terus untuk mengelakkan risiko.
*Terdapat beberapa jenis ikan mepunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan anda dan kekal melebihi setahun di mana ia adalah merbahaya bagi bayi anda. Elakkan memakan ikan yang mengandungi tinggi kadar merkuri seperti jerung, todak dan makerel semasa anda mencuba untuk mengandung. Sebaliknya, makan ikan rendah kandungan kalori seperti salmon dan tuna.
*Daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk susu tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan kerana berkemungkinan terdapat bakteria merbahaya seperti Listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis (jangkitan disebabkan Listeria) Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pra-matang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul untuk mengelakkan listeriosis.

3) Pengambilan suplemen vitamin dan mineral

*Pengambilan vitamin dan mineral memastikan anda memperolehi asid folik dan nutrien lain untuk meningkatkan kemungkinan anda mengandung. Pastikan anda mengambil suplemen yang dikhaskan untuk bakal ibu kerana terdapat banyak suplemen yang mempunyai dos tinggi yang boleh memberikan impak buruk pada perkembangan bayi.
*Pengambilan asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko ‘spina bifida’ (kecacatan salur neural melibatkan pembentukan saraf tunjang yang tidak sempurna), serangan jantung, kanser dan kencing manis pada bayi. Jumlah minimum yang perlu bagi pengambilan asid folik ialah 400 mikrogram sehari. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kecacatan salut neural, doktor berkemungkinan mencadangkan pengambilan 4000 mikrogram sehari, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung sehinggalah trimester pertama kandungan. Suplemen prenatal yang baik seharusnya mengandungi lebih daripada cadangan minimum asid folik, diantara 600-800 mikrogram.
*Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, roti dan bijiran yang diperkaya. Asid folik merupakan vitamin larut air, maka badan anda akan membuang yang berlebihan jika anda mengambilnya terlalu banyak. Walaubagaimana pun, pastikan anda masak sayur-sayuran dengan menggunakan jumlah air yang sedikit bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.

4) Dapatkan berat badan yang ideal

*Kurangkan berat badan jika anda obes dan naikkan jika anda terlalu kurus. Anda perlu mempunyai berat badan bersesuaian dengan julat BMI anda.
*Terlalu gemuk atau kurus akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
*Wanita obes yang mengandung mempunyai risiko mendapat kencing manis dan darah tinggi serta mengalami komplikasi kelahiran.
*Wanita yang terlalu kurus pula berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
*Rancang pemakanan yang sihat dengan makanan yang tinggi fiber dan rendah lemak serta mulakan rutin bersenaman. Jika anda obes, target untuk turunkan berat badan ½-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang ekstrem boleh mengurangkan stor nutrient dalam badan yang bukannya cara yang sihat untuk mengandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan