Halaman

Selasa, 25 Mei 2010

Pengambilan Asid Folic~Persediaan Untuk Hamil


Ramai yang tidak mengatahui yang mana jika seseorang wanita yang merancang untuk menimang cahaya mata boleh mendapatkan pil2 kesuburan di mana-mana farmasi atau klinik2 berdekatan tempat mereka.

Namun di sini ada beberapa tips untuk diamalkan sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, samaada untuk kali pertama atau kesekelian kalinya.

Persediaan untuk mengandung merangkumi tabiat pemakanan adalah seperti 4 perkara berikut:

1) Amalkan diet yang baik

*Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
*Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
*Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
*Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
*Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.

2) Perkara yang perlu dielakkan

*Tinggalkan tabiat merokok, meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan (Kecuali dengan nasihat doktor. *Maklumkan kepada doktor yang anda merancang untuk hamil supaya boleh diberikan ubat yang bersesuaian). Kesemua komponen tersebut boleh mengganggu perkembangan fetus.
*Kurangkan kadar pengambilan kafein dalam diet seperti kopi. Pakar bersetuju bahawa pengambilan kafein yang kurang daripada 300 mg sehari (bersamaan dengan 3 cawan kopi) tidak akan mempengaruhi kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat doktor yang mencadangkan supaya pengambilan kafein dihentikan terus untuk mengelakkan risiko.
*Terdapat beberapa jenis ikan mepunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan anda dan kekal melebihi setahun di mana ia adalah merbahaya bagi bayi anda. Elakkan memakan ikan yang mengandungi tinggi kadar merkuri seperti jerung, todak dan makerel semasa anda mencuba untuk mengandung. Sebaliknya, makan ikan rendah kandungan kalori seperti salmon dan tuna.
*Daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk susu tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan kerana berkemungkinan terdapat bakteria merbahaya seperti Listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis (jangkitan disebabkan Listeria) Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pra-matang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul untuk mengelakkan listeriosis.

3) Pengambilan suplemen vitamin dan mineral

*Pengambilan vitamin dan mineral memastikan anda memperolehi asid folik dan nutrien lain untuk meningkatkan kemungkinan anda mengandung. Pastikan anda mengambil suplemen yang dikhaskan untuk bakal ibu kerana terdapat banyak suplemen yang mempunyai dos tinggi yang boleh memberikan impak buruk pada perkembangan bayi.
*Pengambilan asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko ‘spina bifida’ (kecacatan salur neural melibatkan pembentukan saraf tunjang yang tidak sempurna), serangan jantung, kanser dan kencing manis pada bayi. Jumlah minimum yang perlu bagi pengambilan asid folik ialah 400 mikrogram sehari. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kecacatan salut neural, doktor berkemungkinan mencadangkan pengambilan 4000 mikrogram sehari, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung sehinggalah trimester pertama kandungan. Suplemen prenatal yang baik seharusnya mengandungi lebih daripada cadangan minimum asid folik, diantara 600-800 mikrogram.
*Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, roti dan bijiran yang diperkaya. Asid folik merupakan vitamin larut air, maka badan anda akan membuang yang berlebihan jika anda mengambilnya terlalu banyak. Walaubagaimana pun, pastikan anda masak sayur-sayuran dengan menggunakan jumlah air yang sedikit bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.

4) Dapatkan berat badan yang ideal

*Kurangkan berat badan jika anda obes dan naikkan jika anda terlalu kurus. Anda perlu mempunyai berat badan bersesuaian dengan julat BMI anda.
*Terlalu gemuk atau kurus akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
*Wanita obes yang mengandung mempunyai risiko mendapat kencing manis dan darah tinggi serta mengalami komplikasi kelahiran.
*Wanita yang terlalu kurus pula berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
*Rancang pemakanan yang sihat dengan makanan yang tinggi fiber dan rendah lemak serta mulakan rutin bersenaman. Jika anda obes, target untuk turunkan berat badan ½-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang ekstrem boleh mengurangkan stor nutrient dalam badan yang bukannya cara yang sihat untuk mengandung.

Hukum bersanggul tinggi (bertudung trend terkini)


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.(Riwayat Muslim).


Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu.


Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.


Hadis itu juga membawa maksud golongan model, ratu cantik, peragaan yang ketika itu tiada pada zaman nabi.. (sila baca keseluruhan hadis) zaman nabi masih belum ada wanita/model berjalan lenggok2. Bonngol unta yang dimaksudkan adalah mahkota yang dipakai apabila menang.sanggul rambut yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas mutalaknya dan juga tidak menafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut tidak terlalu TINGGI sehingga boleh menimbulan minat lelaki.


Soalan:


Apa hukum tentang pemakaian trend bersanggul tinggi samada dengan menggunakan rambut palsu atau rambut sendiri ketika bertudung ini?


Jawapan:


Untuk rambut yang panjang dan original, wajib untuk menutupnya. Berambut palsu bagi wanita ketika tidak menutup aurat adalah haram. Tapi dalam isu bertudung, kita kembali kepada alquran dan sunnah al-ahzab tentang aurat wanita..


TIDAK BERLEBIHAN DAN KETERLALUAN, MENUNJUK-NUNJUK DAN TIDAK DISERTAI DENGAN BAUAN YANG HARUM YANG BOLEH MEMIKAT LELAKI..Oleh itu wahai wanita.... BERSEDERHANALAH......

HUKUM AKAD NIKAH MELALUI TELIFON


Al-Lajnah Ad-Daimah lil Ifta ditanya:

Bila rukun-rukun dan syarat-syarat nikah telah lengkap, namun antara wali dan calon suami keduanya berada di negeri (daerah) yang berbeza. Apakah dibolehkan melakukan akad nikah melalui telipon?

Jawab:

Dilihat pada kebanyakan apa yang terjadi pada masa sekarang berupa usaha penipuan, pemalsuan, dan jeleknya perangai pada perbuatan sebahagian orang dengan meniru sebahagian yang lain dalam pembicaraan dan meniru penyamaam suara-suara orang lain, sehinggakan di antara mereka mampu meniru pelbagai suara orang dari gaya lelaki atau perempuan, tua atau muda, atau meniru suara-suara mereka, bahasa mereka yang berbeza-beza dalam satu tiruan, yang apabila pendengar mendengar seakan-akan orang yang berbicara terdiri dari beberapa orang, padahal itu hanya seorang saja.

Juga melihat betapa syariat Islam sangat perihatin dalam menjaga kehormatan dan jiwa serta berhati-hati dalam masalah ini lebih besar dibanding berhati-hati dalam masalah lain dari sekian jenis ikatan (perjanjian) dalam muamalah.

Lajnah berpendapat bahawa semestinya tidak perlu menyandarkan akad-akad nikah tersebut dalam ijab qabul-nya dan pelimpahan perwalian kepada bentuk komunikasi melalui telipon dalam usaha untuk merealisasikan tujuan (maksud) dari syariat ini dan perhatian lebih terhadap upaya menjaga kehormatan dan jiwa sehingga tidak mudah dipermainkan oleh orang-orang yang memperturutkan hawa nafsu dan orang-orang yang berbicara penuh dengan dusta dan penipuan. [Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah 5/45 no. 1373]

Kenapa mesti Ahmad Al-Fatteh Haikal Arif?

Kenapa mesti Ahmad Al-Fatteh Haikal Arif?
mesti persoalan itu ade terdetik di fikiran seorang dua sahabat2 seperjuangan!!!

Jadi di sini saya mengulas mengenai tajuk blog saya.

Ahmad & Arif - Nama Buah hati pengarang jantung saya (Anak sulong Insyaallah).

Al-Fatteh & Haikal - Sesuatu yang berharga dalam diri ini, Hadiah paling bermakna dari suami tercinta buat bekalan saya sebagi isterinya, apa dia? tak dapat saya jelaskan kerana amanah dari suami seawal untuk di perturunkan, dan kemaafan di pinta.

Hasil gabungan keempat-empat nama ini terciptalah nama untuk blog saya yang terkini ini. semoga penjelasan saya tidak menimbulkan tanda tanya pada sahabat2.

Terima kasih

~Wajah baru~

Assalamualaikum...
Sekian lama tidak mengedit blog sulong, kini terdetik di hati untuk turut serta membina sebuah laman ilmiah setelah melihat sahabat2 berbuat demikian untuk perkongsian bersama.

Untuk kali ini diri yang serba kekurangan ini ingin penuhi ruangan di blog ini dengan pelbagai ilmu serta serba sedikit petua ataupun tips.
jadi harapan dalam diri semoga sahabat-sahabat dapat memberi sokongan pada diri ini selaku hamba ALLAH yang kerdil dan lemah ini.