
~ Salam Sayang buat yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini, Di sini saya ingin berkongsi segala yang bermanfaat dan kenangan suka duka sebagai insan di muka bumi Allah SWT ini ~
Rabu, 1 September 2010
Kelebihan Bercium (suami/Isteri)

Doa Orang Teraniaya
Justeru, apabila kekecawaan menimbulkan amarah dan rasa yang amat kesal boleh saja menimbulkan pelbagai perasaan negatif, adakala ingin membalas dendam atau maki hamun terutama bila kita tergolong dari golongan yang dianiaya. Membalas dendam mungkin sangat mudah apabila kita punya sesuatu di tangan yang memudahkannya, maki hamun lebih mudah lagi. Namun, apakah dengan melakukan hal2 tersebut dapat membuat kita merasa tenang ataukah tindakan membalas dendam dan maki hamun hanya akan menambah beban yang lebih berat untuk ditanggung?! Jawapannya, TIDAK akan memberi tenang samasekali!!!
Maka, paling mudah ungkapan yang sering kita sebutkan adalah, bahawa “INGATLAH, DOA ORANG YANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH!”
Bagi orang-orang yang takutkan azab ALLAH dan hari perhitungan, mereka akan gentar bila ungkapan tersebut diingatkan kepada mereka yang menzalimi, tapi berapa keratkan orang-orang yang menganiaya orang ini takut kepada azab ALLAH atau memikirkan hari perhitungan tersebut?! Jika demikian, tentu mereka tidak akan berani untuk menganiaya makhluk Tuhan!
Persoalan saya, apakah perlu atau tidak kita mendoakan mereka yang menganiaya kita, terutama di kala kita ditimpa kesusahan, kesukaran lantaran perbuatan orang-orang yang menzalimi kita?!!
Bukankah mendoakan keburukan atau musibah ditimpakan atas orang-orang itu (meski kita sangat dizalimi mereka) juga adalah suatu bentuk membalas dendam dengan cara paling lemah?!Tidakkah membalas dendam merupakan suatu sifat yang tidak diredhai ALLAH sekaligus membuktikan bahawa kita sendiri tidak redha atas tentuan yang telah ditetapkan ke atas kita oleh ALLAH Azzawajalla yang semestinya lebih mengetahui apa yang baik dan yang buruk buat kita?!
Maka, apakah doa yang perlu kita panjatkan kepada ALLAH sebagai orang yang teraniaya ini?!Pada saya, ada empat perkara asas yang perlu kita lakukan:-
1. sentiasa mengucap syukur atas segala yang terjadi. Ucaplah kalimah “Alhamdulillah“, tiap kali musibah menimpa atau tiap kali kita merasa sakit hati atau kecewa atas kekejaman orang terhadap kita maka kita perbanyakkan istighfar. Moga dengan musibah dan kesusahan yang menimpa kita ini akan dapat menghapuskan dosa2 kita.Perbanyakkan zikrullah dan selawat juga agar hati dan jiwa kita tenang.
Sabda Rasulullah SAW:“Tidak mengenai orang mukmin dari penderitaan sakit, kelelahan, penyakit dan sedih hingga kesusahan yang menyusahkan, melainkan ALLAH akan meleburkan dengannya kesalahan2.”
2. menyerahkan urusan orang-orang yang menganiaya tersebut di tangan ALLAH. Semoga mereka mendapat hidayah ALLAH jua akhirnya.
3. sentiasa yakin dengan janji ALLAH bahawa tiap musibah atau kejahatan makhlukNYA terhadap kita pasti akan memberikan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa bersyukur dan redha atas kehendak dan tentuanNYA. Berbaik sangka terhadap ALLAH, Pencipta kita.
sepertimana sabda Baginda SAW:“janganlah kamu berprasangka buruk kepada ALLAH di dalam sesuatu yang DIA telah menetapkan kepadaMU.”
4. Memohon kepadaNYA untuk diberikan keselamatan, redha, rahmat dan segala kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat dan minta digantikan kehilangan, musibah dan nasib kita dengan yang lebih baik lagi. Alangkah mudah bagiNYA segala sesuatu untuk kita yang kita rasakan susah itu.
“kerana itu ingatlah kamu kepadaKU, nescaya AKU ingat (pula) kepadamu..” [Surah Al-Baqarah:152]
Setulusnya, apabila terjadi sesuatu perkara buruk atas nasib kita, inilah masa terbaik untuk kita mengetahui sejauh mana kita bergantung harap kepada rahmat ALLAH dan sedalam mana kita yakin pada janji ALLAH.
Pada waktu manakah yang ALLAH suka kita berdoa dan memohon pertolongan dariNYA?!Dikala kita ditimpa musibahkah atau sewaktu kita mendapat kenikmatan?! Ataukah tiada beda antara keduanya?!
Surah At-Thalaq: Ayat 2 & 3, bermaksud“dan barangsiapa bertaqwa maka ALLAH akan menyediakan baginya jalan keluar (dari segala kepayahan) dan mengurniakan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka.”Surah An-Naml: Ayat 62, bermaksud“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepadaNYA…”Antara doa Rasulullah SAW:” YA ALLAH, BAGUSKANLAH URUSANKU SEMUANYA DAN JANGANLAH ENGKAU SERAHKAN URUSANKU KEPADA DIRIKU SENDIRI WALAUPUN HANYA SEKELIP MATA..”
…. wallahualam.
Hukum Bersanding

Fahami Hukum Bersanding Sebelum Anda Naik Pelamin
Orang selalu berkata, pengantin itu Raja sehari…tapi yang saya lihat ramai pengantin jadi patung. masa majlis perkahwinan pengantin hanya duduk dan diarah itu dan ini oleh pengapit…..lebih lanjut lagi…bacalah Hukum Bersanding dalam artikel ini…….ingat lagi masa kenduri 3 tahun lalu, Lebih meriah bersalaman dan bertegur sapa dengan semua tetamu dari duduk macam patung yang berpeluh-peluh kat pelamin tu…

Utusan Malaysia : Hukum bersanding
Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.
SOALAN: Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya:
*dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
*Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
*Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu ‘Alam.
Dosa Dalam Facebook
Salam semua sahabat2,- Kali ini saya nak berkongsi dengan kalian Artikel di sebelah....
Secara ringkasnya sebab2 mengapa penggunaan Facebook menjadi haram:
- MENDEDAH KEAIBAN SUAMI ATAU ISTERI DI FACEBOOK
- TERLEBIH GAMBAR
- MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPAN @ TATAPAN
- TANDAKAN GAMBAR TANPA IZIN DAN GAMBAR SILAM YANG MEMBUKA AURAT
- MENGUTUK DIRI SENDIRI DAN KEBAIKAN
Oleh itu muhasabahlah diri kita, yang penting usah menunding jari pada orang lain...Anda mungkin juga meminati:N SUAMI ATAU ISTERI DI FACEBOOK - TERLEBIH GAMBAR
- MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPAN @ TATAPAN
- TANDAKAN GAMBAR TANPA IZIN DAN GAMBAR SILAM YANG MEMBUKA AURAT
- MENGUTUK DIRI SENDIRI DAN KEBAIKAN
Peringatan Buat Kita Yang Alpa

Salam....buat teman teman yg di sayangi....
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar ) Wallahu a'lam. Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.
Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.
Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu danjuga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yangterjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.
Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.
Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
- Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
- Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran danmasyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
- Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
- Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
- Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
- Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
- Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
- Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
- Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
- Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Halal Haram Yang Tak kita ketahui (Ayam/Itik)
sentiasa beringat...
Artikel ini saya perolehi dari email kawan so saya ingin berkongsi dengan kawan2 yang lain!!!
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:
Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;
Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
| Quote: |
| Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. |
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Khamis, 1 Julai 2010
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut:-
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut.
Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.